Wednesday, 16 May 2012

Spaghetti Creamy Carbonara Ala Cikgu Misae


Bahan2
Spaghetti
butter
4 botol sos creamy carbonara
cendawan butang hiris halus
lobak merah
isi ayam kisar

Cara memasak:

A. Spaghetti
  • rebuskan spaghetti bersama butter
  • Biarkan sampai kembang

B. Sos Cream
  • Panaskan kuali dan masukkan isi ayam kisar (api perlahan)
  • Biarkan separuh masak
  • Masukkan sos creamy carbonara
  • Biarkan menggelegak...
  • Masukkan cendawan dan lobak merah yang dihiris halus...
  • Kacau hingga sebati...
  • Biarkan dalam 2-3 minit...
  • Sedia untuk di hidang...




Thursday, 10 May 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE ALA CIKGU MISAE

SPAGHETTI BOLOGNESE ALA CIKGU MISAE



Bahan-bahan
spageti
2 sudu besar butter
3 botol sos spageti kimball
4 biji tomato dipotong dadu
1 paket daging ayam kisar
1 tin cendawan butang dihiris nipis2

Cara-cara

A. Penyediaan Spaghetti
  • Rebuskan air dalam periuk dan masuk kan butter..
  • Apabila butter dah cair, masukkan spaghetti...
  • Biarkan sehingga spaghetti kembang..
  • Angkat spagehetti dan masukkan ke dalam bekas...
(jangan biar spaghetti berendam didalam periuk nanti jadi lembik..)

B. Penyediaan sos

  • Masukkan ayam ke dalam kuali, dan di kacau hingga separuh masak..
  • Masukkan sos spaghetti kimball...perlahan kan api...
  • Kemudian, masukkan tomato dan cendawan..
  • Kacau sebati...
  • Selang 1-2 minit kacau sos (api perlahan)
  • Tunggu sehingga tomato di dalam kuali menjadi lembut dan separuh hancur...
  • Biarkan menggelegak seketika, sos siap untuk dimakan bersama spaghetti..


 yang ni dalam pinggan mak aku...hehehe



Tuesday, 1 May 2012

Makaroni Goreng

Makaroni Goreng




Bahan2:

  • 2 Bungkus perencah Bihun goreng adabi
  • 1 bungkus makaroni di rebus hingga kembang
  • 3 Sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • 1/2 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 bungkus Ayam cincang
  • Kicap
  • Garam
  • Sawi


Cara2:

  • Panas kan sedikit minyak didalam kuali..
  • Masukkan ayam cincang dan goreng hingga separuh masak..
  • Masukkan perencah bihun goreng Adabi...
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, kiub ayam, air dan garam...
  • Sayur sawi yang telah dipotong juga dimasukkan dalam kuali..
  • Biarkan hingga garing / naik minyak..
  • Akhir sekali, masukkan makaroni...
  • kacau dan tunggu hingga kering...
  • Sedia untuk di hidang...
(p/s: kalau mahukan yang pedas, masukkan cili api yang di hiris/ di tumbuk semasa tumis perencah bihun goreng tadi..)