Tuesday, 24 April 2012

Sambal Hitam

Sambal hitam ni sangat sedap jika dimakan dengan bubur nasik/ nasik air. Dari kecik lagi aku dengan adik beradikaku suka makan sambal ni...So, aku sangat2 syorkan ia di cuba oleh kawan2...Bahan2 nya sangat2 sikit...untuk save bajet pun boleh...hehehe. Arwah ayah kami reka resepi ini...^_^

Sambal Hitam.




10 biji Bawang Merah
7-10 biji Cili api
Ikan bilis 2 genggam...

Cara2
  • Kisar semua bahan2 diatas separa hancur...
  • Panaskan kuali, dan tuang minyak masak...
  • Apabila minyak panas, masukkan bahan2 yang di kisar tadi...
  • Goreng hingga garing...
  • Sedia untuk dihidang...



(p/s: di ingatkan, jangan bubuh garam walau sedikit pun...kerana ikan bilis dah ada dalam masakan ini)

Monday, 23 April 2012

Ayam Panggang Sedap...^_^

Ayam Panggang Sedap

Bahan A
1 sudu Lada Hitam
1/2 sudu Jintan Manis
- dua bahan ini di tumbuk dan di goreng tanpa minyak.

Bahan B
4-5 biji Bawang Putih
3-4 inchi Halia
- Di tumbuk hingga lumat

Ayam-ikut suka nak bahagian mana @ seekor ayam
cucuk2 dengan garfu dan di lumur dengan secubit garam

Bahan C
Sos Tiram
Madu
Kicap
-di kacau sebati...

Cara Memasak:

  • Bahan A dan Bahan B di lumur pada ayam dan di perap dalam 2-3 jam...(lebih lama, lebih baik...)
  • Panas kan oven 190 darjah celcius
  • Setelah oven panas, masukkan ayam dalam oven..Panggang selama 50 minit-60 minit.
  • Keluarkan ayam dari oven, sapukan Bahan C ke bahagian atas ayam.
  • Masukkan semula dalam oven dan panggang selama 5 minit lagi...
  • Setelah 5 minit, keluarkan semula ayam, dan di terbalik kan...
  • Sapukan pula Bahan C dibahagian bawah ayam itu..
  • Masukkan semula ke dalam oven selama 5 minit..
  • Ayam siap dihidang untuk dimakan seisi keluarga....

Yang ni gambar waktu aku panggang seekor ayam...


Yang ni gambar waktu aku panggang bahagian ribs ayam ( Bahagian atas peha tu...)

Sunday, 22 April 2012

Begedil Ala Ain

Begedil Ala Ain

Bahan2:

kentang
bawang goreng
daun sup di racik halus
daging kisar (rebus hingga empuk)
cili (potong dadu)
lada sulah
telur

Cara2 memasak:

  • Kentang digoreng hingga garing dam empuk...
  • apabila dah sejuk, lenyek kentang sehingga hancur...
  • masukkan daging kisar, dan gaul sebati...
  • Kemudian masuk kan pula daun sup dan cili...
  • Masukkan lada sulah...gaul lagi...
  • Last sekali, masukkan telur....
  • Bentukkan semua bahan2 td dalam bentuk bulatan kecil..
  • Celupkan dalam telur....
  • Masukkan didalam minyak panas
  • Goreng hingga garing...

Daging Masak Asam Berempah

Resepi arwah ayah...Orang Melaka punya masak asam berempah...hehehe
Daging tu boleh digantikan dengan ayam ataupun ikan...Biasa nya kami sekeluarga mengguna kan ikan duri..


Bahan2

6 biji Bawang merah
4 biji Bawang putih
1 inchi Halia
1 inchi Kunyit
Belacan (warna cerah)
1 sudu Biji Ketumbar
1/2 sudu Jintan manis
15 batang Cili kering di rebus
Daging di potong dadu
Air asam jawa
Garam
Minyak

Cara2

Kisar semua bahan2 tadi, kecuali daging dan air asam jawa...
Panaskan minyak didalam periuk...
Masukkan bahan yang di kisar tadi, tumis hingga garing...
Masukkan air asam jawa...
Kemudian masukkan daging...
Biarkan sehingga daging empuk...
Jika kuah kering, tambah air kosong...
Setelah daging empuk, masukkan garam mengikut tahap kemasinan yang diingini...
Biarkan menggelegak seketika...
Siap untuk di hidang...

Selamat mencuba...

Selamat Ber- Resepi...

Salam satu Malaysia...

Ini merupakan page yang aku buat untuk berkongsi resepi yang aku pelajari dari arwah ayah, emak, kawan2, dan juga resepi yang pernah aku cuba sebagai hidangan harian..^_^

Visitor/ pelawat yang berminat untuk mencuba resepi ini, amat2 lah Cikgu Misae alu2 kan....