Wednesday, 5 December 2012

Sambal Tempoyak Goreng



Bahan2:-

5 Biji Bawang Merah
12 biji cili api
1 inchi kunyit hidup
3 Senduk tempoyak
1 Batang serai di ketuk
3 Sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Ikan bilis goreng
minyak untuk menggoreng




Cara memasak:-
1. Tumbuk cili api, bawang merah dan kunyit....
 (boleh tukar dengan serbuk kunyit kalau tak ada kunyit hidup)
2. Masukkan bahan yang di tumbuk tadi kedalam tempoyak, dan kacau...
3. Panaskan minyak didalam kuali...
4. Masukkan tempoyak yang kita sediakan tadi...
5. Masukkan gula, garam dan serai...
6. Kacau sambal dengan api perlahan sehingga tempoyak menjadi sedikit jernih
7. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang di goreng terlebih dahulu ke dalam sambal...
8. Kacau hingga rata dan sedia untuk di hidang...^_^

p/s: sangat sedap di makan dengan nasi panas+ayam/ikan/telur goreng...

Monday, 11 June 2012

CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE



bahan2

A. Ayam
ayam bahagian peha-tanpa tulang
telur
tepung Kentucky

B. Sos Cendawan
cendawan butang 1 tin
tepung gandum 2 1/2 sudu
bawang besar potong dadu
bawang putih 3 biji (dikisar)
minyak 2 sudu
stok ayam
serbuk lada hitam secubit

Cara2
A. Ayam
  • bersihkan ayam bahagian peha yang dibuang tulang
  • celupkan didalam telur
  • Salut kan dengan tepung kentucky
  • Deep fry sehingga garing...

B. Sos Cendawan
  • Panaskan minyak dengan api perlahan
  • Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga naik bau
  • masukkan tepung, kacau hingga tepung kekuningan
  • Masukkan air 2 gelas..
  • Kacau sehingga pekat..(jika terlampau pekat, tambah lagi air)
  • Masukkan stok ayam, serbuk lada hitam dan cendawan butang yang di hiris nipis2..
  • kacau sebati...
  • masukkan garam secukup rasa...







Wednesday, 16 May 2012

Spaghetti Creamy Carbonara Ala Cikgu Misae


Bahan2
Spaghetti
butter
4 botol sos creamy carbonara
cendawan butang hiris halus
lobak merah
isi ayam kisar

Cara memasak:

A. Spaghetti
  • rebuskan spaghetti bersama butter
  • Biarkan sampai kembang

B. Sos Cream
  • Panaskan kuali dan masukkan isi ayam kisar (api perlahan)
  • Biarkan separuh masak
  • Masukkan sos creamy carbonara
  • Biarkan menggelegak...
  • Masukkan cendawan dan lobak merah yang dihiris halus...
  • Kacau hingga sebati...
  • Biarkan dalam 2-3 minit...
  • Sedia untuk di hidang...




Thursday, 10 May 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE ALA CIKGU MISAE

SPAGHETTI BOLOGNESE ALA CIKGU MISAE



Bahan-bahan
spageti
2 sudu besar butter
3 botol sos spageti kimball
4 biji tomato dipotong dadu
1 paket daging ayam kisar
1 tin cendawan butang dihiris nipis2

Cara-cara

A. Penyediaan Spaghetti
  • Rebuskan air dalam periuk dan masuk kan butter..
  • Apabila butter dah cair, masukkan spaghetti...
  • Biarkan sehingga spaghetti kembang..
  • Angkat spagehetti dan masukkan ke dalam bekas...
(jangan biar spaghetti berendam didalam periuk nanti jadi lembik..)

B. Penyediaan sos

  • Masukkan ayam ke dalam kuali, dan di kacau hingga separuh masak..
  • Masukkan sos spaghetti kimball...perlahan kan api...
  • Kemudian, masukkan tomato dan cendawan..
  • Kacau sebati...
  • Selang 1-2 minit kacau sos (api perlahan)
  • Tunggu sehingga tomato di dalam kuali menjadi lembut dan separuh hancur...
  • Biarkan menggelegak seketika, sos siap untuk dimakan bersama spaghetti..


 yang ni dalam pinggan mak aku...hehehe



Tuesday, 1 May 2012

Makaroni Goreng

Makaroni Goreng




Bahan2:

  • 2 Bungkus perencah Bihun goreng adabi
  • 1 bungkus makaroni di rebus hingga kembang
  • 3 Sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • 1/2 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 bungkus Ayam cincang
  • Kicap
  • Garam
  • Sawi


Cara2:

  • Panas kan sedikit minyak didalam kuali..
  • Masukkan ayam cincang dan goreng hingga separuh masak..
  • Masukkan perencah bihun goreng Adabi...
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap, kiub ayam, air dan garam...
  • Sayur sawi yang telah dipotong juga dimasukkan dalam kuali..
  • Biarkan hingga garing / naik minyak..
  • Akhir sekali, masukkan makaroni...
  • kacau dan tunggu hingga kering...
  • Sedia untuk di hidang...
(p/s: kalau mahukan yang pedas, masukkan cili api yang di hiris/ di tumbuk semasa tumis perencah bihun goreng tadi..)





Tuesday, 24 April 2012

Sambal Hitam

Sambal hitam ni sangat sedap jika dimakan dengan bubur nasik/ nasik air. Dari kecik lagi aku dengan adik beradikaku suka makan sambal ni...So, aku sangat2 syorkan ia di cuba oleh kawan2...Bahan2 nya sangat2 sikit...untuk save bajet pun boleh...hehehe. Arwah ayah kami reka resepi ini...^_^

Sambal Hitam.




10 biji Bawang Merah
7-10 biji Cili api
Ikan bilis 2 genggam...

Cara2
  • Kisar semua bahan2 diatas separa hancur...
  • Panaskan kuali, dan tuang minyak masak...
  • Apabila minyak panas, masukkan bahan2 yang di kisar tadi...
  • Goreng hingga garing...
  • Sedia untuk dihidang...



(p/s: di ingatkan, jangan bubuh garam walau sedikit pun...kerana ikan bilis dah ada dalam masakan ini)

Monday, 23 April 2012

Ayam Panggang Sedap...^_^

Ayam Panggang Sedap

Bahan A
1 sudu Lada Hitam
1/2 sudu Jintan Manis
- dua bahan ini di tumbuk dan di goreng tanpa minyak.

Bahan B
4-5 biji Bawang Putih
3-4 inchi Halia
- Di tumbuk hingga lumat

Ayam-ikut suka nak bahagian mana @ seekor ayam
cucuk2 dengan garfu dan di lumur dengan secubit garam

Bahan C
Sos Tiram
Madu
Kicap
-di kacau sebati...

Cara Memasak:

  • Bahan A dan Bahan B di lumur pada ayam dan di perap dalam 2-3 jam...(lebih lama, lebih baik...)
  • Panas kan oven 190 darjah celcius
  • Setelah oven panas, masukkan ayam dalam oven..Panggang selama 50 minit-60 minit.
  • Keluarkan ayam dari oven, sapukan Bahan C ke bahagian atas ayam.
  • Masukkan semula dalam oven dan panggang selama 5 minit lagi...
  • Setelah 5 minit, keluarkan semula ayam, dan di terbalik kan...
  • Sapukan pula Bahan C dibahagian bawah ayam itu..
  • Masukkan semula ke dalam oven selama 5 minit..
  • Ayam siap dihidang untuk dimakan seisi keluarga....

Yang ni gambar waktu aku panggang seekor ayam...


Yang ni gambar waktu aku panggang bahagian ribs ayam ( Bahagian atas peha tu...)

Sunday, 22 April 2012

Begedil Ala Ain

Begedil Ala Ain

Bahan2:

kentang
bawang goreng
daun sup di racik halus
daging kisar (rebus hingga empuk)
cili (potong dadu)
lada sulah
telur

Cara2 memasak:

  • Kentang digoreng hingga garing dam empuk...
  • apabila dah sejuk, lenyek kentang sehingga hancur...
  • masukkan daging kisar, dan gaul sebati...
  • Kemudian masuk kan pula daun sup dan cili...
  • Masukkan lada sulah...gaul lagi...
  • Last sekali, masukkan telur....
  • Bentukkan semua bahan2 td dalam bentuk bulatan kecil..
  • Celupkan dalam telur....
  • Masukkan didalam minyak panas
  • Goreng hingga garing...

Daging Masak Asam Berempah

Resepi arwah ayah...Orang Melaka punya masak asam berempah...hehehe
Daging tu boleh digantikan dengan ayam ataupun ikan...Biasa nya kami sekeluarga mengguna kan ikan duri..


Bahan2

6 biji Bawang merah
4 biji Bawang putih
1 inchi Halia
1 inchi Kunyit
Belacan (warna cerah)
1 sudu Biji Ketumbar
1/2 sudu Jintan manis
15 batang Cili kering di rebus
Daging di potong dadu
Air asam jawa
Garam
Minyak

Cara2

Kisar semua bahan2 tadi, kecuali daging dan air asam jawa...
Panaskan minyak didalam periuk...
Masukkan bahan yang di kisar tadi, tumis hingga garing...
Masukkan air asam jawa...
Kemudian masukkan daging...
Biarkan sehingga daging empuk...
Jika kuah kering, tambah air kosong...
Setelah daging empuk, masukkan garam mengikut tahap kemasinan yang diingini...
Biarkan menggelegak seketika...
Siap untuk di hidang...

Selamat mencuba...

Selamat Ber- Resepi...

Salam satu Malaysia...

Ini merupakan page yang aku buat untuk berkongsi resepi yang aku pelajari dari arwah ayah, emak, kawan2, dan juga resepi yang pernah aku cuba sebagai hidangan harian..^_^

Visitor/ pelawat yang berminat untuk mencuba resepi ini, amat2 lah Cikgu Misae alu2 kan....